Isu-isu Berkaitan Angkatan_Islam_Singapura

Menyertai Majlis Tindakan Bangsa Melayu dan Islam Singapura (1959)

Majlis Tlndakan Bangsa Melayu dan Islam Slngapura akan mengemukakan 11 orang calon bagi pilihan raya besar akan datang, demlklan diumumkan oleh Ismail Haj! Hussain, Setiausaha Agong Majlis tersebut pada 2 Mac 1959. Katanya, Majlis itu kini mewakill empat buah parti poiltik yang telah mengadakan satu perjanjian piilhan raya dalam satu sidang wakil-wakil berbagai-bagai badan semalam (1 Mac 1959). Parti-parti politik yang berkenaan itu ialah Kesatuan Melayu Singapura, PAS Cabang Singapura, Persatuan Melayu Semenanjung dan Parti Rakyat. Majlis itu turut menjemput UMNO Singapura untuk menyertainya.[18]

Ismail memberitahu Berita Harian, bahawa mereka mempunyai 25 orang nama calon yang bersiap sedia untuk pilihan raya tersebut. Mereka akan berunding dengan parti-parti politik bukan Melayu yang bertanding dalam pilihan raya dan meminta mereka agar jangan bertanding dalam kawasan-kawasan yang Majlis tersebut hantar.

Tujuan penubuhan majlis tersebut ialah untuk menyatupadukan segala badan politik Melayu dan Islam di bawah satu lambang kerana bertandng dalam pilihan raya, dan megelakkan perpecahan dalam undi Melayu. Tujuan Muktamad mereka ialah untuk mendapatkan perwakilan yang lebih baik dalam Dewan Perhimpunan Undangan

Kiriman Tahniah PAS Singapura kepada PAS Terengganu (1959)

PAS Singapura telah mengirimkan kawat tahniah kepada PAS Terengganu di atas kemenangan PAS negeri itu dalam pilihan raya umum 1959. Kawat itu dikirimkan oleh Abdul Hamid Matar, Setiausaha PAS Singapura dengan kenyataan seperti berikut[19]:

"PAS Singapura menghucapkan tahniah atas kejayaan PAS Trengganu. Kejayaan itu samoga capat dijadikan dasar untok PAS memperjuangkan chita2 ra'ayat."

Persidangan Agong Tahunan PAS Singapura 1963 (1963)

PAS Singapura telah mengadakan persidangan agung tahunannya di ibu pejabatnya di No. 8, Onan Road pada pagi 20 Oktober 1963. Ustaz Taha Suhaimi selaku Ketua PAS Singapura telah berucap mengingatkan orang Melayu supaya mengikuti setiap perkembangan politik di tanah air. Beliau turut menyeru ahli PAS supaya tidak berpcah belah[20].

Membentuk Barisan Bersatu Kebangsaan (UNF) (1969)

Sebuah gabungan parti-parti politik pembangkang telah ditubuhkan pada 26 April 1969 dengan nama Barisan Kebangsaan Bersatu atau United National Front yang menggabungkan empat parti politik tempatan. Penubuhan ltu telah diputuskan dalam satu sidang perwakilan dari Parti Cina Slngapura (SCF). Angkatan Islam (AIS) dan Persatuan Melayu Singapura (PMS), hasil dari forum anjuran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) minggu sebelumnya.

Dalam foram tersebut, keempat-empat buah parti telah bersetuju pada prinsipnya untuk menubuhkan satu gabungan parti pembangkang bagi mengelakkan berlakunya pemerintahan satu parti politik dalam Repablik Singapura pada masa akan datang[21].

Iltizam Pengkukuhan Angkatan Islam (1971)

Ura-ura hendak membubarkan Angkatan Islam kerana kurang mendapat sokongan telah ditolak oleh mesyuarat agung parti itu pada 25 Julai 1971 dengan sebulat suara. Sebaliknya, mesyuarat agung tersebut berazam akan bergiat dengan segala kemampuan tenaga mereka yang ada agar parti itu dapat disusun tenaganya semula sesuai dengan pergolakan dan kemajuan yang berlaku di Republik Singapura ketika itu[22].

Mesyuarat agung yang berlaku selama kira-kira empat jam pada pagi tersebut bertempat di Lorong Engku Aman, telah memilih pucuk pimpian baharu - kebanyakannya muka-muka baharu ː

Kepimpinan AI 1971
No.JawatanNama
1Yang DipertuaKapten Muhamad Said
2Naib Yang DipertuaSyed Ahmad Syed Husain Dahlan
3SetiausahaYahiya Haji Mohamed Ghouse
4Penolong SetiausahaOmar Ninggal
5BendahariShariff Ujang
6Penolong BendahariHassan Bakri
7Anggota JawatankuasaAbdullah Musa
8Anggota JawatankuasaMohamad Ali Abu Bakar
9Anggota JawatankuasaSupardi
10Anggota JawatankuasaSyed Junid bin Muhamad Aljunid
11Anggota JawatankuasaHajah Zahrah Ismail
12Anggota JawatankuasaChe Ainon Haji Taib
13Anggota JawatankuasaSalim Sohod
14Anggota JawatankuasaShaikh Abdul Hamid Mattar
15Anggota JawatankuasaBuang Haji Taib

Angkatan Islam keluar OIAA (1971)

Pada 12 Ogos 1971, Angkatan Islam telah keluar dari Organisasi Islam Asia Afrika (OIAA) yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Penarikan diri persatuan itu ialah kerana dikatakan wakilnya di OIAA yang juga menjadi salah seorang pemimpin Angkatan Islam "telah membelakangkan persatuan ini". Keputusan itu telah diambil dalam mesyuarat jawatankuasa itu pada 10 Ogos 1971. Sumber berita, Berita Harian, mendapati bahawa wakil Angkatan Islam ke OIAA ialah Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini yang merupakan Naib Yang Dipertua yang baru dipilih dalam mesyuarat agung persatuan itu pada bulan sebelumnya[23].

Penubuhan Kolej Islam di Singapura (1972)

Angkatan Islam Singapura, sebuah badan siasah di sini (Singapura) juga telah mengalu-alukan ranchangan yang sedang diatorkan oleh persekutuan seruan Islam itu. Enche Omar Ninggal, penolong setiausaha AIS yang berharap bagi peribadinya berkata:

"Kami sedia memberikan apa jua sokongan, samada pada segi moral mahupun material.

"Ranchangan itu sudah saharusnya diberi sokongan oleh satiap lapisan masharakat di sini, kerana projek tersebut akan membawa kebaikan untok mereka.

"Mudahan chita-chita baik Jam'iyah itu akan menchapai kejayaannya," dia mengharapkan.[24]

Menyertai Barisan Bertindak Umat Islam Singapura (1979)

BARISAN Bertindak Umat Islam Singapura adalah satu jawatankuasa tertinggi terdiri dari tiga badan siasah iaitu (1) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, (2) Angkatan Islam dan (3) Persatuan Melayu Singapura, yang telah ditubuhkan pada 14 April 1974 di rumah PKM.

Kebanyakan dari anggota ketiga badan siasah tersebut adalah dari golongan orang-orang Melayu. Tujuan pertubuhan ini ia-lah untuk menjaga kebajikan orang Islam dan juga mempertahankan ugama mereka[25].

Kemunculan Mengejut dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1984 (1984)

Kemunculan parti tersebut pada Hari Pencalonan Rabu lalu telah memeranjatkan ramai pemerhati politik.

Parti yang aktif dalam tahun-tahun 1950an itu pernah disangka telah lama terkubur hinggalah bila ia muncul untuk bertanding dalam pilihanraya ini.

Ia merupakan saki-baki kegiatan politik dalam zaman itu dan mempunyai nama yang lain sebelum menjadi AIS sejurus setelah Singapura berpisah dari Malaysia[26].

Manifesto AIS untuk Pilihan Raya Umum Singapura 1984 (1984)

Angkatan Islam Singapura menekankan :

  • Menggalakkan kesedaran ke-Islaman kepada orang-orang Islam di Singapura
  • Kebebasan dalam semua segi agama tanpa gangguan pemerintah.
  • Gabungan antara semua badan Islam di Singapura berdasarkan kepada persaudaraan Islam.
  • Menyemak semula akta undang-undang Islam supaya seimbang dengan ajaran Islam yang sebenar terutama mengenai perkahwinan, harta wakaf dan zakat.
  • Perubatan percuma untuk orang-orang miskin.
  • Menyemak semula harga penyewaan flat HDB dan bekalan air elektrik untuk orang-orang miskin[27]

Rujukan

WikiPedia: Angkatan_Islam_Singapura http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio... http://www.singapore-elections.com/general-electio...